|
|
Majlis Pelancaran Program Nilam dan Laman Blog Pusat Sumber Sekolah |
|
|
|
|
Antara matlamat diadakan program ini adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu majlis pelancaran program NILAM dan laman blog Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 13 Februari 2012 dan telah dirasmikan oleh En. Mohd. Yusof b. Hasandi, Penolong PPD Kurikulum (Bahasa). Beliau antara lain dalam ucapannya telah mengingatkan para pelajar tentang kepentingan membaca selain kepentingan teknologi terkini yang boleh dimanipulasi bagi tujuan pembelajaran. Turut hadir bersama dalam majlis pelancaran ini adalah Tuan Haji Abdul Rahim b. Mohd Nor selaku Naib Yang Dipertua PIBG SMK Rapat Setia.
|
|
Last Updated ( Monday, 20 February 2012 12:17 )
|
|
|
|
Sambutan Maulidur Rasul 1433H |
|
|
|
|
SMK Rapat Setia sekali lagi berkesempatan untuk mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 1433H. Majis sambutan telah diadakan pada 10 Februari 2012 bertempat di Dataran Setia SMKRS. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Lokman Hanif b. Ahamad Shaker dengan terjemahan disampaikan oleh saudara Abdul Aliff b. Abd. Rahman. Para pelajar dan guru turut berkesempatan mengikuti forum khas dengan ahli panel terdiri daripada Ustaz Tuan Haji Ibrahim b. Che Soh dan Ustazah Nor Azizah bt. Hassan dengan dibantu oleh moderator forum iaitu Ustaz Mohamad Razi b. Mahayiddin. Majlis diakhiri dengan persembahan sajak oleh saudara Ikhmal Naim dan juga persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah.
|
|
Last Updated ( Monday, 20 February 2012 12:18 )
|
|
|
Majlis Pelancaran Program Transformasi Guru dan Program Mentor Mentee Tahun 2012 |
|
|
|
|
Buat tahun kedua berturut-turut program mentor mentee diteruskan dengan majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Encik Fazul b. Yusuf, Penolong PPD (Kemanusiaan), PPD Kinta Utara pada 30 Januari 2012. Dalam majlis ini, semua ketua panitia telah menurunkan tanda tangan pada banner yang disediakan sebagai tanda komitmen untuk mencapai sasaran yang telah diletakkan bagi peperiksaan PMR dan SPM 2012 pada tahun ini. Untuk rekod bacaan ikrar guru telah dipimpin oleh Encik Muhammad Anwar Husni manakala ikrar pelajar diketuai oleh Saudari Lailatul Nadirah.
|
|
Last Updated ( Monday, 30 January 2012 14:58 )
|
|
|
Solat Hajat dan Bacaan Yassin Awal Tahun |
|
|
|
|
Majlis solat hajat dan bacaan yassin telah diadakan pada 20 Januari 2012 bertempat di Dataran Setia SMKRS. Program diadakan bersempena dengan permulaan sesi persekolahan tahun 2012. Solat hajat telah dipimpin oleh Tn. Hj. Mohamad Saufi b. Ismail manakala bacaan yassin pula dipimpin oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Che Soh
|
|
Last Updated ( Wednesday, 25 January 2012 15:50 )
|
|
|
Majlis Perpisahan En. Azemi |
|
|
|
|
Majlis telah diadakan pada 16 Januari 2012 di Dataran Setia SMKRS. Encik Azemi yang mula berkhidmat di SMK Rapat Setia sebagai Penolong Kanan HEM bermula 16 Julai 2011 akan memulakan tugas baru di Jabatan Pelajaran Perak sebagai Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan. Warga SMKRS ingin menzahirkan penghargaan terima kasih dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baru.
|
|
|
Last Updated ( Sunday, 22 January 2012 07:57 )
|
|
|